Happy Iftar DTP 5

Assalamualaikum :)

Hari ni hari ke sembilan kita berpuasa. So entry hari ni of coz la pasal berbuka puasa. Hehe :)

26 July 2013 merupakan tarikh atas persetujuan ramai untuk berbuka puasa kat luar. Acc, this is my PA's idea. Dia yang ajak berbuka puasa satu kelas. Setahun sekali kan. So collect sorang RM**.00 seorang. Lokasinya di mana ? Haa, tahun lepas dah berbuka steamboat kat Kalumpang. So tahun ni kitaorang berbuka Nasi Arab. Kat mana ? Kat Rawang.

Punya lah exited sampai tengahari tu baru keluar pergi cari tudung la, apa la. Hasihhh, anak dara kan. Haha. So semalam ke empat empat anak gadis DTP mengenakan jubah untuk majlis berbuka puasa bersama PA. Haha. Ayu je masing masing kan. Gile sopan. Hakhakhak. Meh nak share sikit ayu tak ayu la kita orang malam tu. Muehehe ;)

                                      Posing nak ala ala mak datin gitu. Haha :P
                                                                (Iefa)


  Yang ni paling menganjing sekali. Haha :D
   (Sya)


 Ala ala ustazah gitu. Hehe ;)
 (Nad)

   No description. Hihi :)
   (Me, Anis)


Gorgeous gorgeous semuanya. Mungkin puji diri sendiri. Muahaha :D

Okay, setibanya di D'Arab Cafe, we all terus ambil order then pergi solat Asar. Nasib baik kat situ disediakan tempat nak solat. Kalau tak jenuh jugak nak keluar balik parking cari surau ke apa. Thanks God :) After solat, all the gurgle pergi teman PA cari kedai nak beli something important. Ecehcehh :D Kedainya satu pun takde tapi we all terjumpa tempat karoke. So, pakat pakat ajak PA Karokk. Ingatkan dia nak bantah. Tapi... Guess what ? Hahaaa. Dia pun okay jee. Siap ajak tong2 duet lagi. Hihi. Bagus betol perangai anak dara ni. Ehh, mak dara pun ada sekali okey. Haha. Bulan bulan puasa pergi ajak karoke ? Tak patut betol. Rupa rupanya ada dak dak laki dah pun masuk dalam pergi melalak tanpa kiteorang. Hishhh, geram jee. Disebabkan dah nak masuk waktu berbuka, so we all decide nak karokk lepas berbuka.

Sementara tunggu order semua sampai, semua duk bincang nak pergi mana lepas berbuka. PA aku bukan main lagi, ajak pergi danau la, uptown la. Paling tak boleh bla, dia cakap, "Nanti lepas jalan jalan kita lepak lepak la, minum minum ke. Subuh nanti baru balik. Baru best" Haha. Tak sangka PA sporting sampai macam tu sekali. Borak borak pun macam borak ngan kawan kawan. Bukan main lagi. Tiba tiba rasa rapat sangat dengan 'Mummy' kedua kita orang ni. Hihi.

Sempat jugak ambik gambar tu. Nasib baik la Kucai bawak kamera dia yg mahal tu -__-
Bukan main lagi budak budak ni ambik gambar. Serious happening gile masa tu. Macam macam pose. Walaupun all the gurgle kat belakang, tapi takpe. Masih nampak lagi. Haha. Dingding !


   Sory tak upload semua. Gambar berat sangat. Hehe

Dah dah. Taknak buang masa. Aku pun tak sabar nak cerita aktiviti kita orang lepas berbuka. Hikhik.
Okay, after iftar, dah decide ramai ramai pergi I-City. Hoyeahhh (dalam hati). Apa apa pun kena tanya Nad dulu nak pergi ke tak. Sebab gurgle semua naik kereta dia. Paling best bila Nad kata "Okay". Perghh, riang tak terkata. Haha. Tapi tapi tapi, ada syaratnya. Nad tak nak drive sebab tak berani plus tak larat nak drive. So, bincang punya bincang, dua orang daripada kami kena tukar kereta dengan budak lagi. Kiranya, 2 orang pompuan naik kereta Nad, 2 orang lagi naik kereta budak laki. Akim ngan Am naik kereta Nad ngan Sya sekali. Aku ngan Iefa pecah naik kereta Jawa. Fuhh, setel satu masalah.

Dengan riang ria nya kami konvoi sebanyak 6 kereta. Huihui. Best best. Tak pernah aku konvoi naik kereta dengan kawan kawan cenggini. Malam pulak tu. Aku exited ? Memang pun. Huahuahua :D Elehh, biar arhh :P
Jalan jalan punya jalan, tiba tiba semua kereta berhenti. Jawe ngan Bhai keluar pergi tengok ada apa. Dah la kereta nya berhenti depan sekali. Rasa nak keluar menjenguk tu ada. Tapi rasa macam takde pape je. Dalam hati, maybe nak tanya jalan. Then aku ngan Iefa duduk jela menunggu dalam kereta. Terasa sangat la lama kat dalam kereta tu, aku pun keluar. Tinggal Iefa sorang dalam kereta. Tengok semua budak budak ni hurung kereta Nad. Sampai kat kereta Nad, aku pelik semua bising bising and ada yang tertonggeng tonggeng tengok bawah kereta Nad -__-

Tanya punya tanya, rupanya kereta Nad break nya tak makan. Berhenti tu pun Akim guna break tangan. Ya Allah, serious terkejut. Risau gile kat 4 orang budak ni. Kalau apa apa jadi tadi. Hmm, tak sanggup aku nak reka reka cerita. Hehe. Wahh, bukan main lagi masing masing jadi hero. Terharu tengok masing masing carik barang nak betolkan apa benda ntah. Haishh, baik jugak nak tolong kan dorang ni. Muehehe. Setel sampai sini. aku pun tak larat nak taip apa yang jadi lagi masa tu. Next chapter...


     Ini adalah driver kepada kereta kepunyaan Nad. Semua orang duk salahkan dia tapi dia buat muka tak bersalah. Macam ni laa. Akim akim :)

               Arep jadi polis trafic jap. Baik punya. Semua kerjasama. Hee ;)

Ok laa, pendek kan saja cerita ni. Kereta Nad akhirnya disetelkan oleh adik Mail. Preety thanks to him :) Then ingatkan tak jadi la nak meneruskan rancangan ke I-City. Rupanya lagi ada masalah, lagi seronok pulak -__- Disebabkan kereta dah kurang 1, 4 orang yang naik kereta Nad tu berpecah masuk kereta yang kosong. Kami meneruskan lagi perjalanan yang tergendala.

Okay, sampai I-City macam rusa masuk bandar. Tak berapa nak jakon sangat tapi exited sebab this is the fisrt time aku enjoy dengan kawan kawan plus jauh pulak tu. Jauh sagat k. Haha. Mula la langkah demi langkah melihat suasana sekeliling. Camera pun dah memanggil manggil tak sabar nak snap pic kiteorang. Wakakaka.

Kaki melangkah dan terus melangkah. Mula la ada yang  masuk pusat hiburan. Alaa, yang tempat game2 tu. Haha. Memang teringin nak masuk tapi memandangkan budget tak berapa nak ada, so tengok je la dari jauh. Fuh fuh, tarik nafas. Penat siot. Dah laa, enjoy our pictures :)



                                             











Pict yg last tu pict before balik. Habis je jalan2, plan nak gi tempat lain pulak. Nak pergi uptown katanya. Aku awal2 dah merungut. Nak pergi sana pakai jubah. Choii !! But at last tak jadi pun. Muehehe. Time tu dah tengah malam kan. Macam biasa la. Perot masing2 mengada ngada. Lapar la apa laa. Taste pulak mcD jee masing2. Puas melantak baru gerak balik. Hmm, lupa la pukul berapa. Yang penting masa sampai tu dah time sahur. Aku dah beli roti siap2 kat petrol pam time budak2 ni makan mcD. Maklum laa, aku ni bukan taste mcD. Hiuw hiuw. 

Masuk rumah terus sahur. Bangun esok nya entah pukul berapa. Tersangat sangat lah happy. 1st time we all enjoy together with beloved PA. Puan Putri and her husband memang the best laaa.Sporting habis. And ni tahun terakhir we all iftar together. Dah 3 tahun berpuasa sama sama kat sini. Sekejap sangat rasanya dah dekat 3 tahun. 

Okay, ampai sini je kot. Penat sangat menaip. Hihi. Enjoy reading.

Xoxo

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment