Kerja Ohh Kerja

Assalamualaikum.

Baru hari ni dapat bukak natang ni.
Selepas sekian lama menyepi. Cewahhhh 😆

Sangat2 busy dengan dunia pekerjaan.
Dah habis belajar kena la kerja kan.
Masa untuk balas jasa mak abah.

Okay sekarang ni aku kerja dekat sebuah pusat service kereta.
Bekerja sebagai pembantu di bahagian spare part kereta.
Penat dia boleh tahan.
Maklumlah company ni jaga sampai 4 brand.
Perodua, Chevrolet, Isuzu, suzuki.
So sekarang aku cuma jaga 3 brand di bawah satu banggunan yg sama.

Makin lama kerja making banyak yg kite belajar.
Lagi lama duduk spare part lagi cepatlah tulang riuk aku ni patah.
Haihhhh.
Nak buat macam mana. Kite ni carik rezeki.
So mana yg ada mana yg dapat kite terima.
Redha.
Baru berkat.
Heee 😁

In syaa Allah ada rezeki lain ada lah.
Aminn.
Mudah mudahan.

So sampai sini jee.
Ada masa nyonteng2 lagi ok.
Bubyeee 😘

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

Mengumpat: Seperti Makan Daging Saudara Sendiri

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini. Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan. Dikalangan lelaki pun apa kurangnya? Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.

Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat.

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu. Bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk dibelakang hamba Allah tu. Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati. Dah nama pun mengumpat, tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa. Macam garam dan gula pula. Tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam, mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni! Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan. Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni.

1. Bila berkumpul dengan kawan-kawan. 
Dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi. Masa tu, kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan. Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah. Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah. Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2. Bila yang nak jadi moderator ‘umpat2′ tu kawan baik kita sendiri. 
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing? Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni. Sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita. Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir. Rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? Dua puluh? Jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3. Bila yang nak ajak mengumpat tu Orang senior dari kita. 
Tentu payah benar nak buat sesi teguran kan? Apa kata kalau tak dapat nak elak pun, sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa. Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Senior kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

4. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu.
Dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib. Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa. InsyaAllah. Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5. Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar. 
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi, sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya. Dengar bacaan Al-Quran ke, nasyid ke. Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang. Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak, dah koyak ke, atau tersangkut kat mana-mana. Hmm. Sebab tu kita ada dua telinga. Sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu.

6. Bila nak mengata orang tu, cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.
Agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu. Bila diumpat, boleh pula beri hadiah. Siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT. Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun, mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia. Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita. Bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat, ada orang cuba nak beri ingat, ada yang nak bagi pendapat. Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat. Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan.

7. Terakhir, minum air banyak-banyak. Dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah. 
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya. Banyak lagi tips yang ada, tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca.

Selamat membaca. #Untuksaya #Untukawak #Untukkitesemua :)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

A Story To Share.

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka....
Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....
Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya..
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata..
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....
Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)