Coretan Petang

Entah kenapa petang petang macam ni boleh pulak kiteorang menangis sama sama. Mungkin tiada siapa yang memahami kami. Cuma aku dan dia yang selalu memahami dan sentiasa ada bersama. Mungkin cerita kita tidak sama jalan cerita nya. Namun kita masih menyayangi insan yang bergelar "dia".

Kadang kadang aku bertanya pada diri sendiri, kenapa tulisan hidupku begini. Aku tahu akan ada mereka yang mengatakan aku tidak patut pertikaikan takdir yang tertulis untukku. Tapi soalanku bukan sebab nak menyoal kadaq dan qadar. Sebagai muslim, aku wajib percaya dan berpegang pada rukun iman yang keenam ini. Namun, untuk muhasabah diri, aku mencari jawapan tentang tulisan nasibku. Mungkin ada dosa dan kesalahan yang pernah aku lakukan. Dan aku diberi peringatan. Atau mungkin ini satu cara untuk aku merasai nikmat kebahagiaan setelah puas merasa penderitaan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mengakui bahawa aku terlalu memanjakan diri, terlalu mengikutkan perasaan sedih serta rindu yang membuak buak. Tapi aku juga insan biasa yang tidak dapat menolak dan menafikan setiap apa yang aku rasakan. Bukan mahu menolak takdir apatah lagi menyalahkan setiap ujian yang datang padaku. Aku sudah pun dapat menerima semua ini. Cuma terkadang aku bertanya pada diri, kenapa aku di uji di ketika aku sedang cuba untuk berubah. Ketika aku sedang cuba menjadi seorang yang matang. Itulah jawapannya. Aku dapat merasakan setiap apa yang aku lalui semakin mematangkan aku. Walaupun kadang kadang perangai ni macam budak budak. Mungkin jauh dari family. Nak manja manja pun dengan siapa lagi kalau bukan dengan Iefa, Sya dan Nad.

Sentiasa bersama tika sedih mahupun gembira. Tika suka mahupun duka. Sedikit sebanyak kehadiran mereka bersama dapat membuang perasaan itu jauh dari hidup aku. Walaupun setiap hari ada saja lagu yang membuatkan aku teringatkan kenangan "kita". Biarlah, aku mahu ia pergi. Tidak menggangu hati dan fikiran aku. Semoga di sini dapat aku ciptakan satu kenangan baru. Biarpun hanya bersama teman teman ku. Juga bersama keluarga. Mereka lah CINTA aku sekarang. Akan ada yang akan bersuara, " Menangislah Anis, lepaskan semua. Tak salah kalau kau nak bersedih" Ye, aku akan bersedih. Tapi bukan kerana tidak dapat menerima takdir. Tapi sebagai kekuatan untuk aku bina kehidupanku di masa akan datang.

"Oh Tuhan berikanlah aku, kekuatan menempuhi dugaanmu. Aku percaya ada hikmahnya, di setiap dugaan yang ku terima. Andainya hati ku bersuara, pastinya ia akan berkata, 'Cukuplah sayang, aku tidak berdaya, mengharungi segala sengsara'. Berapa kali harus aku terluka, baru lah kan ku sedar. Cintaku tidak layak, untuk dirinya. Mengapa masih aku, setia di sisinya. Tidak ku mengerti, tidak ku fahami. Seperti insan biasa, aku ingin bahagia. menyintai dan dicintai, tiada duanya. Andai terlampau permintaanku ini, maafkanlah kasih"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment