Iftar With Beloved Ex Classmate 5 Account

Assalamualaikum.

Hari ni 4hb Ogos. Hari ke 26 kita berpuasa. So lagi 4 hari kita akan meraikan hari raya Aidilfitri. Yeahhh ! Alhamdulillah :) Entry hari ni aku nak share pasal berbuka puasa jugak. Tapi kali ni with my beloved ex classmate masa sekolah dulu dulu dulu dulu. Hihi.

Tak ramai sebenarnya yang join event ni. Berapa kerat je. Girls yang join macam biasa la. Eyra, Aino, Mira, Wanie and of course Me ! Boys pulak Erwan, Rahim, Marwan, Apek, Kamal and Ros. Opsss, plus Intan sekali. Okay, 12 orang je. Memang macam bengang sebab budak2 kelas aku ni macam2 kerenah nya. Bila di ajak taknak join. Bagi alasan itu la, ini la. Bila tak ajak pulak dia berbunyi. Haishh, macam2 perangai kawan kawan aku ni. 

Okay, back to our event. Masa plan nak berbuka kat mana memang pening jugak laa sebab dorang ni selera macam orang banyak duet. Nak makan ikan bakar la, steamboat la. At last we all decide makan kat kedai makan biasa je. Kesian kan ? Tapi aku tak kesah sebenarnya sebab perot aku ni memang nak makan nasik je. Benda lain aku susah nak masuk. Hiuw hiuw.

Petang tuh siap2 then macam biasa, tunggu Eyra jemput kat rumah. Lepas ambik aku, kumpul kat rumah Erwan pulak. Rupanya masing masing drive kereta sendiri. So semuanya 3 biji kereta. Lepas ambik Ros, ambik Aino pulak. Lokasi berbuka puasa dekat Bukit Beruang. Kedai makan biasa je. Masa on the way kiteorang dah order makan. Tapi bila sampai je semua yg di order takde. So terpaksa order menu baru. Haa, masa sampai tu la jumpa si Intan ni. Dari jauh dah duk fikir sape la yang datang bawak awek sekali. Rupanya si Intan. Lama tak jumpa budak yang duduk kat sebelah aku masa form 4 tu. Hee.









Lepas makan baru la si Wanie pendek ni datang tunjuk muka. Lambat sangat datang. Borak punya borak decide pulak nak pergi mana lepas ni. Ada yang ajak pergi bazar. Last last pergi karoke je. Mula nya aku macam takot takot jugak nak ikot dorang pergi karoke. Sebab aku bagitau abah nak berbuka je. Kalau kat Perak aku berani la. Kat melaka kena fikir 10 kali la jugak. Hahaha

So tanpa memberitahu abah, we all semua pergi karoke kat area area situ jugak. Collect duet pastu melalak. Sempat la jugak merasa satu lagu. Hiuw hiuw. Tengah enjoy enjoy, Eyra kena balik pulak. Yela, masing masing faham mama macam mana. So Eyra, Aino and Mira dah gerak balik dulu. Aku ? Aku balik dengan Wanie. Setel. Yang penting ada orang hantar balik. Hihi.





See, happy sangat time ni plus dah lama tak ambik gambar sesama. Hee :)


Masa on the way balik sempat la jugak tukar tukar cerita dengan Wanie. Lama sangat tak borak dengan si pendek tu. Hehe.

Alhamdulillah, dapat jugak kumpul sama sama walaupun tak semua ada. Semoga ikatan persahabatan ini sentiasa ada dalam hati korang. Friend Foerver :)

Xoxo

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment