Iftar DTP 5 :)

Assalamualaikum.

Seperti tajuk entry hari ini. Aku nak kongsi sikit suasana berbuka puasa di hari pertama. Pada mulanya kiteorang just plan untuk berbuka puasa di surau depan rumah ni saja. Tapi petang tadi last minit budak budak kelas ajak join berbuka puasa kat luar. Pada mulanya memang exited sangat. Sebab dah lama tak buat ala ala family gathering macam ni. Tapi disebabkan ni tahun ketiga kami berpuasa bersama sama di Perak, dapat la merasa setahun sekali. Terlupa pulak kiteorang takde transport. So, ada yang cadang ajak Kucai sekali plus Kucai boleh tolong bawak kan kiteorang. So bertambah tambah exited la anak anak dara ni. Act, kiteorang rasa masa ni jela nak eratkan balik hubungan dengan budak budak ni. Sebab tiba tiba terasa macam renggang. Rindu dengan suasana adik beradik macam dulu. Hmm :/

Okey, bagitahu kat Kucai ambik kiteorang kat rumah pukul 6.30. Tapi pukul 6 baru dapat bas dari poli. So sampai rumah je dengan derasnya kiteorang bersiap. At last, pukul 7.15 pun Kucai tak sampai lagi. Tersangat la menyirap. Around 7.25 dia sampai and kiteorang terus gerak ke lokasi berbuka puasa. Dalam kereta tengok jam dah 7.30. Dah masuk waktu berbuka dah. Aku suggest beli air je dekat pam minyak. Tak sangka masa berhenti tu ada 3 4 orang budak kelas aku yang berhenti solat maghrib dulu. Aku dengan Iefa keluar beli mineral water. Then budak budak ni ajak solat maghrib dulu. Tapi takde pulak surau untuk perempuan kat situ. Nasib baik budak laki suggest solat kat surau area situ jugak. So Kucai pun bawak pergi surau kat tepi jalan. Masa sampai rasa macam pelik sebab surau tu macam ada takde orang je. Memang betul pun. Tak ramai. Boleh kira pakai jari. 3 orang pakcik pakcik, sorang makcik and sorang kakak. Lepas solat ada pakcik bagi kurma. Suruh batalkan puasa. Kiteorang ambik sorang satu. Mulanya aku macam taknak ambik. Tapi segan pulak. Pakcik tu dah hulur kan, so aku ambik jugak. Yang betul nya, aku dah lama gile tak makan kurma. Tak tau tekak ni boleh terima ke tak. Tapi tapi tapi, nasib baik kurma tu sedap. Hikhik.

Lepas tu kiteorang terus gerak. Tak pernah sampai lagi kat kedai makan tu. First time. Restaurant yang gile romantik. Hahaha -_- Disebabkan petang tadi dah tulis order kat kertas, so sampai sampai je makanan dah ada atas meja. Sebok dok carik makanan masing masing sementara tunggu half of budak budak lelaki yang pergi solat maghrib dulu. 

Sebelum makan, baca doa dulu. Masa makan pun riuh rendah. Siap ambik gambar semua. Best gile laa. At least ada moment dengan budak budak ni untuk semester ni. Happy sangat dapat buat family gathering macam ni. Rasa dah macam adik beradik kandung. Hihi. Hope lepas ni, dapat buat macam ni lagi. 





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment