Salam Ramadhan :)

Assalamualaikum :)

Mengambil kesempatan di ruang yang sedikit lepang menulis entry untuk hari ini. Esok bermulanya 1 Ramadhan, hari di mana semua umat islam bakal menjalani ibadah puasa selama sebulan. Di kesempatan yang ada ni juga aku ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam especially buat keluarga tercinta yang InsyaAllah berada dalam keadaan baik baik sahaja hendaknya. Wahh, dah macam tulis ucapan dalam kad raya pulakk. Ihikksss ;) 

Rasanya sama macam puasa tahun sebelum ni. Hari pertama tak dapat nak sahur dan berbuka bersama family. Maklum saja, anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini harus meneruskan pembelanjarannya di Perak. So, tahun ni tidak terasa sangat walaupun ada kala cemburu melihat ada rakan rakan yang berkesempatan untuk bangun sahur dan berbuka bersama keluarga mereka. Tapi, puasa tetap puasa. Takpe, saya okey, saya dah besar. Yeahhh !! :)

Yang paling agak bengang la jugak, kat sini puasa pertama tak cuti pun. Hisshhh, jelez kat orang melaka dapat cuti. Walaupun sehari okeyy ! Takpelaa. Sama jee. Hari hari lain pun kena pergi kelas jugak. Kan kan kan. So, I don't mind ! Life must go on. Cewahhhh :D

Bila di fikir fikir kan balik, puasa tahun ni terasa macam sunyi. Sunyi sangat. Sebab tahun lepas tiap kali bangun sahur, mesti aku carik henset dulu. Nak kejutkan 'dia' yang tersangatlah susah nak bangun ! Hergghh ! And setiap kali before berbuka, mesti wish 'selamat berbuka'. 'Dia' pun wish benda yang sama. Tahun ni nak kejut sape ? Bak kata Iefa, 'kau kejut aku jelaa'. Hisshh, ape kejadahnya. Kalau nak kejut kau, jerit jee. Tak payah nak call bagai. Hahaha. Tapi takpe. I'm happy with my life now. Tak sunyi macam dulu dah. Sebab kawan kawan sentiasa ada di sisi. Yang kat kelas tak dilupakan. Riuh rendah mereka buatkan aku lupa segala kesedihan yang tidak mereka ketahui. Ecehhhhh :D

InsyaAllah, Allah permudahkan segala urusan kita semua sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Sama sama kita elakkan perbuatan yang dilarang Allah. Di bulan Ramadhan ni juga ambil lah kesempatan untuk mengumpul pahala lebih lebih. Kalau aku lupa, tolong ingatkan. Kalau aku salah, tolong tegurkan. Semoga puasa tahun ni lebih bermakna. InsyaAllah. So, jangan lupe terawih malam ni. Aku pun InsyaAllah pegi. Kepala tiba tiba berat petang petang ni. Lagipun dah berazam nak pergi terawih hari hari kat surau depan rumah ni. Hikhik. Jangan lupa bangun sahur besok. Ini saja untuk hari ini. Assalamualaikum :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment