When its called "jalan-jalan"

Assalamualaikum

Topic : When its called "jalan-jalan".
Location : Lubuk Timah.
Members : Housemate and partners.
Date : 15th of February 2014.

Pengalaman pergi berkelah dengan housemate tercinta. Well, acc plan ni entah plan yg ke berapa. Maklumlah, we aolls ni kalau plan memang gempak gile. Jap lagi pergi nya tidak. Alhamdulillah plan kali ni berjalan dengan lancar. Dulu kalau nak mandi-mandi mesti yg dekat-dekat sini je. Kalumpang. So nak bagitau yg tempat kiteorg pergi ni jauh sikit la. Hihi. Dari slim around 1 hour 15 minutes. Masih dalam negeri Perak. Lubuk Timah nama diberi. Yang buat kiteorg nak pergi sangat tempat ni, tempat dia nampak cantik sangat. Ciptaan Allah kan. Semuanya indah. Habis google search, google map semata-mata nak pergi sini taw. Hee. Paling best kali ni mandi-mandi ada bodyguard ikot sekali. Hihi

Malam sebelum nak pegi tu lagi aku dah tumis lada. Nak goreng mee hoon esok paginya. Keesokkan paginya semua bangun awal. 5.30 dah bangun goreng mee hoon, goreng ayam, buat sandwich. 1st time pergi mandi dengan housemate siap bawak bekal lagi. Paling over we olls ada order cake sekali taw. Kau hado ?  Hahaha

Ni before bertolak. Tunggu bodyguard Haziq datang menjemput. Pergi 2 kereta je. Kereta Hamdy pastu sewa 1 kereta. 

Cantik kan ? Okay pic ni gua rempat kat google images. Kikiki

Maklumlah exited sangat kan bila dah sampai. Tak sabar nak terjun. So nak bagitau tak sempat nak snap pict kat sini. Lalala

Sampai je kat lubuk timah ni terus tukar baju nak mandi. Then kena jalan sikit masuk kat dalam. Nak carik port baik katanya. Plus memang nak carik sampai jumpa tempat macam dalam gambar di atas. Finally jumpa jugak. Wee ^_^

Beralaskan tikar dan surat khabar untuk duduk and letak semua beg dan bekal. Baru letak barang dah nak terjun. Haha. Exited bebeno. Disebabkan ada kek, so decide nak potong kek dulu sebab takot cair.



Taraaa ! Nampak sedap kan ? Memang sedap pun. Masa bawak balik rumah dah senget sikit. Pastu sampai lubuk timah senget lagi. Comot-comot dah kek dalam kotak. Tapi takpe, rasa tetap sama. Haha. Gedik kan bila semua nama ada dalam kek ni ? Sebenarnya plan kiteorg nak letak nama kireorg berempat. Disebabkan ni last sem, nak la celebrate sama-sama. Yang bodyguard tu saja je letak sekali. Kebetulan ada je yg baru lepas birthday nya.
Happy belated birthday to Syaza, Din, Haziq, Ifah and Yunus.
Happy becoming birthday to Nad, Hamdy and Me (Anis).

Bergasak berendam, naik makan, berendam lagi. Last2 bila dah naik matahari atas kepala, malas nak turun. Duduk berkumpul bincang nak pergi mana lepas tu. Dah alang-alang ni kan, so decide pergi Cameron Highland. Siap kemas-kemas barang then kembali ke kereta. Selesai je menyiapkan diri, terus gerak ke Cameron. Alhamdulillah, kali kedua aku menjejak kan kaki ke sini. Tapi kali ni dengan semua kesayangan aku. Hee.

Okay, serik naik cameron, taknak naik dah. Pening, mabok, nak muntah semua ada. Aku dah diam kat belakang. Dah mabok kan nak buat apa lagi. Din dah tido. Yang potpet potpet dalam kereta Sya dengan Haziq. Entah apa yg diborak kan. Tak reti pening gaknya, Haishhh. Dengan minyak tiba-tiba tak cukop. Dah kelip-kelip. Risau memanjang. Yela, tak plan pun nak naik cameron. And tak sangka sejauh itu ! Alhamdulillah, ngam-ngam je sampai atas jumpa pun petrol pam. Dah sampai atas baru dapat minyak angin. Hmm. Sampai je terus cari tempat nak solat. Air sejuk gile kat atas tu. 

Tempat yg menarik untuk keluarga bercuti. Kami pun keluarga juga. Keluarga no 2 aku. Hee. Lepas solat semua pecah buat haluan masing-masing. Aku, Haziq, Sya ngan Din pegi melantak dulu. Then baru berpecah. Disebabkan masa yg pendek, plus tak tau nak pegi mana kat tempat orang tu, kiteorang just pusing-pusing je kat pasar kat situ. Nak beli apa pun tak tau apatah lagi nak meminta-minta dekat banker. Hikkss :P Kalau dengan family aku boleh la. Sekejap je pun pusing-pusing situ. Tak puas sebab datang jauh-jauh tapi jalan kejap je. Nak pegi lagi entah bila. Haha aku memang takkan naik sane lagi. Huhh serik. 

Good bye cameron. Don't want to see you anymore ! HAHAHA ! :D

Around 5.30pm baru bertolak turun dari cameron. Haa yg ni aku memang tak tahan. Lagi pening lagi mabok lagi nak termuntah. Gila laa. And macam biasa orang yg sama yg senyap, orang yg potpet potpet tak berhenti. Pening aku tengok dorang ni. Nak turun terasa lebih lama dari naik. 

Berhenti kat RnR Tapah untuk berehat dan solat. And aku still sakit kepala. Lepas Dr haziq bagi makan ubat, lega sikit. Alhamdulillah. Dalam pukul 9 gitu sampai kat rumah. And paling sedih bila masuk rumah aku tanya mana kek, dorang boleh jawab, "dah buang masa kat RnR tadi". Owhh, pedihnya hati ni dengar. Sayang gile kot. Dah la kek sedap, mahal. Pastu baru makan 3 slice taw!  Sedih medih. Takpe la, takde rezeki kan. Redha je laa. Ada rezeki kite beli lagi. Cehhh sape ntah nak beli. Hakhak :D

Huhh tired of typing. Enough for today. Just want to share our happiness, our journey. I love this relationship, this second family. Don't want its to ended. Last semester. Entah bila dapat gathering macam ni lagi. Me love you all. Please enjoy reading :)

H ❤ H
S ❤ D
I ❤ Y
N ❤ H

This relation will never ends and will remain for ever. In syaa Allah. Allah, please don't separate us.

 "I don't know what will happen tomorrow or where will us be. But today I just want you to know that you have given me such amazing moments with you all that I will never ever be able to forget you even for one tiny second. You will always have a special place deep in my heart. You are the friend for whom I am always thankful to Allah. Time flies and life changes fast. When I think back, I can hardly believe that we spent so much time together and shared so many joys and sorrows. You're my dearest friend and today I want to tell you that I cherish those times more than anything else in my life."



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

1 comment: