Rahsia Si Kobis :)


Assalamualaikum.

Hari ni nak share sikit info yg aku jumpa masa duk searching searching resepi sup sayur. Okay plus memang nak carik resepi sup yg sesuai untuk diet. Diet ? Aku diet ? Tak caye ? Hahaha. 1st time seumur hidup nak diet ni. Hee. Mudah mudahan menjadi la :)


cabbagesoupdiet 

Pernahkah anda mendengar mengenai Cabbage Soup Diet ataupun Miracle Soup Diet? Diet ini direka untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dengan cepat dengan makan sup kobis berkalori rendah dalam masa 7 hari. Tetapi dalam masa 7 hari itu, anda dibenarkan mengambil makanan seperti ayam,daging, buah-buahan tetapi dalam kuantiti yang ditetapkan.
Ramai yang telah mencuba diet ini dan memang berkesan dan menampakkan hasil penurunan berat badan sehingga 4 kilogram dalam masa satu minggu walaupun pakar-pakar pemakanan menunjukkan bahawa ia adalah hampir mustahil untuk kehilangan lemak yang banyak dalam masa seminggu dan menganggap berat badan yang hilang itu adalah air.

Review 

Sebelum ini penulis pernah sekali mengamalkan Cabbage Soup Diet ini dan berjaya menurunkan berat badan sehingga 2.5kg dalam masa seminggu. Akan tetapi perlu diingatkan, sebagai orang Malaysia sejati, penulis memang sukar bertahan sebab dah biasa mengambil karbohidrat seperti nasi,mi, bihun dan sebagainya. Pada mulanya penulis tiada masalah mengambil sehingga 3 cawan sup sehari disamping mengambil makanan lain di dalam pelan pemakanan yang disediakan. Tetapi masuk hari ketiga, rasa mual dan bosan mula datang dan memang rasa nak berhenti dari mengamalkan diet ini… Sampai pening kepala dibuatnya gara-gara terlalu ingin makan nasi putih! Pada hari pertama dan kedua, berat badan penulis turun sehingga 1kgdan masuk hari ketujuh setelah ditimbang, berat badan turun 2.5kg.
Pada mereka yang ingin mencuba diet ini, pastikan anda benar-benar bersedia dan komited kerana bayangkan anda terpaksa makan sup yang sama untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam selama 7 hari berturut-turut. Tetapi hasilnya memang nampak!
Perlu diingatkan, diet ini amat berkalori rendah dan hanya boleh dibuat selama 7 hari sahaja. Jika anda ingin mencuba diet yang sama, pastikan dibuat selang 2 minggu ( GAP 2 minggu ) selepas diet yang pertama. Maknanya anda boleh buat diet ini pada minggu pertama dan keempat setiap bulan. 

Selamat Mencuba

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment