Kepadamu yang telah menjadi pendampingku..
Terima kasih kerana
telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk
kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang
sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita
yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang telah memilihku..
Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu,
aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon
padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku
dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku
membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku..
Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada
lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau
adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan
menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan
beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu
aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka
bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana
bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah
bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu
bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang
pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar
kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang
dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang
bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan
kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan
tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah
berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah,
iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..
Sincerely,
Yours
♡♡♡
<3 you too dear .
ReplyDelete