Ohh Kerjaa ~~

Assalamualaikum :)

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini merupakan hari pertama aku bergelar seorang PELAJAR PRAKTIKAL. Muahaha :D Okay, okay, kite exited sikit. Maklumlah, first time nak masuk kerja. hikhikhik ^_^

Hari ni pergi kerja dengan makcik, pakcik jemput kat rumah :) Hari ni kite pakai baju kurung warna biru. Warna fevret kite. Hihihi. Dalam kereta lagi jantung ni dah dukdakdukdak. Kecipak kecipung ! Hadui, kenapa la aku rasa takut sangat. Bila kereta berhenti je depan kilang, aku rasa macam nak masuk balik dalam kereta. hehe. Masuk je dalam kilang, terus pergi dekat ofis. Tak tahu nak buat apa. Duduk je atas kerusi. Makcik tolong simpankan beg aku. Sempat lagi dia tegur, 'Amboi, besarnya beg'. Huahuahua :D Malu saya tau. Exited sangat sampai entah pape barang yang aku sumbat kat dalam beg tu. Fail, penselcase, losyen, bedak (wajib), purse and blablabla -_- Okay, besok taknak bawak lagi benda-benda merepek tu. hahaha. 

Makcik dah siap-siap dengan barang-barang kerja dia. Nak kene record entah apa benda entah. Kena pergi kat tiap-tiap mesin yang ada. Huaarrgghh ! Banyak sangat abang nepal dalam kilang ni ! -_-
Aku pulak ikut je mana makcik pergi, tengok-tengok apa yang patut. Relex je aku tegok makcik aku ni communicate dengan nepal-nepal ni. Nak cakap dengan diaorang kena speaking english. Kalau tak diaorang tak faham. Tapi ada jugak yang faham bahasa kite ni :) Penat dah pusing satu kilang tu (tipu jee), berkenalan dengan half of staff-staff yang ada. Yang melayu ni okay okay je. Tengok muka semua macam dah tua je. hikhihi ^_^
Rasa macam dah boleh panggil PAKCIK & MAKCIK. Hahaha. Okay, jahat :D Masuk je ofis, aku duduk je kat kerusi diam-diam. Diam seribu bahasa. Ada staff dalam ofis tu start tegur aku. Siap salam lagi walaupun dia berbangsa India. Nampak tak kebudi bahasaan dia tu? Muehehe :) Lagi sorang staff dalam ofis tu Chinese. Cantek woo. Comel je aku tengok. Hihihi. Baik-baik je diaorang. Tak sombong and yang paling penting, tak "MACAM BAGUS" :)

Sekitar jam 9pagi, kerja sudah mula di beri. Lagi lah berdebar-debar ! Tahu ke aku ni buat kerja ? Hello ? Tolong jangan pandang aku sebelah mata. Ecehceh :D Kerja yang di beri tak susah mana pun. Cuma record kan balik order-order dari customer ke dalam buku je. Walaupun pening-pening sikit bila tengok kertas order yang bertimbun-timbun, aku tetap teruskan kerja tu. Mata pulak dah layu, tambah pulak air corn yang sejuk. Rasa macam nak tidur je. Pukul 10 ada rehat. So, kite pergi beli makanan dulu okay. Disebabkan pagi tu aku dah bekfes nasi lemak, so pagi tu aku just beli air and lauk untuk makan tengahari nanti :) Seram sejuk la jugak bila orang tengok-tengok kite. Maybe sebab tak pernah nampak aku datang kedai makan tu. Ohh, kite buat do no je laa. hihihi ;)

Dah sudah rest-rest, sambung buat kerja lagi. Hohoho. Sangat-sangat lah tension. Takpe-takpe, kite buat je okay :) Sampai masa makan tengahari, kena pergi punch card pulak. Dah lama tak punch card. Kekok pulak rasa. Teringat pulak masa buat partime dulu. hehehe. 

Hari ni aku rehat dengan staff India tu. Tempat nak makan dia macam stor -_- Huarghhh, sabar je la. Takpe-takpe, janji ada tempat nak makan. Nasib baik mulut akak tu ramah. So, sambil makan, sambil borak-borak. Tempat nak makan memang ada, tapi sayang nya tempat nak solat takde. Nak carik tempat bersih pun takde. Dalam ofis pun tempat orang lalu lalang + kotor nya lagi. Haishh, sabar lagi. Lepas makan, aku duduk-duduk je kat dalam ofis tu. Makcik aku pulak tengah rehat. So, takde la kerja buat aku kan. Eh2. tak happy pun takde kerja. Mengantuk tahu tak ? Sampai tertido-tido aku kat kerusi. Bila ada staff masuk, aku buat-buat baca buku. Cewahh. Hahaha :D Pandai tak, pandai tak ? Nasib baik Madam a.k.a BIGBOSS takde. Kalau tak mesti dah kena halau dah dari kilang tu. Student practical tido masa office hour pada hari pertama ? Ohh mannn !! Memang tak la kan. Saja carik pasal la kau ni. Hikhikhik ^_^

Tengahari tu, sambung buat kerja lagi. Hohoho. Sangat-sangatlah tension. Kenapa hari pertama lagi aku dah kena mengadap kerja yang sebegini banyak ? Owhh, lagi lah bersemangat aku nak buat kerja -_- 

Kerja-kerja yang banyak membuatkan aku tidak sedar masa yang begitu pantas berjalan. 1 jam lagi, 40 minit lagi, 30 minit lagi, 10 minit lagi. Wah, sampai dah pukul 5.05 PM pun aku still kat meja. Aku kemas-kemas and bergerak ke luar meninggalkan kawasan kilang. Hari ni abah jemput. Esok lusa tak tahu lagi. Balik, solat, makan, mandi and online. hihihi. 

Okay, aku sangat penat hari ni. Esok nak bangun awal sebab nak sediakan bekal. Ye, ye. Aku bawak bekal pergi kerja. So what la kan ? Hahaha. Lama dah tak bawak-bawak bekal ni. Takpe-takpe, kite start balik okay ? Ngee ~ ^_^

* Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Aminn. See yaa ;)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . Jangan Lupa Komen Ye :)

No comments:

Post a Comment