Assalamualaikum :)
Hyehyehye. ^_^
Entry kali niy aku nak share sikit macam mane nak kempiskan perut korang yang BUNCIT. kihkihkih :) Finally aku jumpe jugak petua nya. haha. Senang jee korang :)
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan
mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air
yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak
juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses
pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana
udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang
menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil
juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses
kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap
cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel
badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi
kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis
ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat
Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain
seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan
dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari
penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi
perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh
itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar
metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.
Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan
dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan
bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan. ( Jangan jadik malas macam aku ) :D
Kat sini nak selitkan sikit kebaikan LIMAU NIPIS dalam kecantikan. hiuwhiuwhiuw :) Insyaallah berguna lah untuk korang yee :)
Anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula
dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu
teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan
dan mengemaskan bentuk perut.
*Cara-caranya :
Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering
sehingga pagi.
Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO
SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut
seperti gastrik.
Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.
Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil
beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh
kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.
Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa
pening serta menyejukkan kepala.
Tak susah mane pon. Bergantung pada individu nak buat ke tak. SELAMAT MENCUBA :)




No comments:
Post a Comment